jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terkena mata kail...
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
janganlah sesekali kamu MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja...
kerana ia akan sakit oleh BISANYA..
ketajaman mata kail dan mungkin ia akan MENDERITA sepanjang hidup..
jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu berharap pada takungannya...
cukuplah sekadar keperluanmu sahaja...
kerana apabila ia retak mungkin sukar untuk kamu menampalnya semula...
dan bukanya terus diabuang begitu sahaja...
jika kamu memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk diri kamu...
yang mengenyangkan dan berkhasiat...
mengapa kamu berlengah dan mencari makanan lain???
kamu terlalu ingin kelazatan...
kelak nasi itu akan basi sendiri kamu akan menyesal...
jika kamu telah bertemu seorang INSAN...
yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu...
MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...MENCINTAIMU...
dekatilah ia...
hargailah dia dan setialah padanya...
kerana kelak kamu tidak akan menyesal dengannya SELAMANYA...
*HIDUP INI TIADA YANG ABADI YANG PATAH TUBUH YANG HILANG BERGANTI...NAMUN YANG BERGANTI TIDAK SAMA SEPERTI YANG HILANG
No comments:
Post a Comment