Thursday, 5 July 2012

Tahukah anda semua bahawa waktu minum air pun sangat penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita? Kajian membuktikan bahawa minum air pada waktu yang tepat dan sesuai boleh membuatkan tubuh seseorang susah untuk mendapat penyakit.

Di bawah ini adalah senarai waktu yang paling bagus untuk kita minum.Mari kita sama-sama berkongsi info ini.

Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

Saturday, 9 June 2012

CARA2 NAK COVER MALU ..


1. KALAU TERSEPAK BATU

jangan terus bangun sebaliknye kamu terus berguling2 sehingga jauh dr perhatian ramai
bila sudah tiada yang nampak barulah bgn..


2. KALAU TERJATUH BASIKAL

cepat2 naik basikal semula dan buat2 jatuh
supaya org igt kamu sengaja buat lawak


3. KALAU TERJATUH TANGGA

terus bersilat2 dan seolah2 kamu sedang dirasuk


4. KALAU TERJATUH DARI LONGKANG

pungutlah sampah yg ada smbil marah2 dgn kuat,
pasti org akn menganggap kamu seorg yg prihatin


5. KALAU JATUH KETIKA NAIK BAS

jeritlah kuat2 "oi!!, apa tolak2 org.."
padahal tiada org dibelakang kamu


6. KALAU JATUH DIPERHENTIAN BAS

terus buat2 pengsan sehingga ada org bantu
kalau tiada org bantu terus buat2 pengsan sehingga tiada org disitu


7. KALAU TERGELINCIR DI LANTAI LICIN

tariklah kawan2 atau sesiapa disebelah kamu utk jatuh bersama
supaya xla kamu seorg shj yg dpt malu... YE TAK?????

Tuesday, 29 May 2012

Ku Ingin Kau Tahu

jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terkena mata kail...
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
janganlah sesekali kamu MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja...
kerana ia akan sakit oleh BISANYA..
ketajaman mata kail dan mungkin ia akan MENDERITA sepanjang hidup..



jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu berharap pada takungannya...
cukuplah sekadar keperluanmu sahaja...
kerana apabila ia retak mungkin sukar untuk kamu menampalnya semula...
dan bukanya terus diabuang begitu sahaja...



jika kamu memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk diri kamu...
yang mengenyangkan dan berkhasiat...
mengapa kamu berlengah dan mencari makanan lain???
kamu terlalu ingin kelazatan...
kelak nasi itu akan basi sendiri kamu akan menyesal...


jika kamu telah bertemu seorang INSAN...
yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu...
MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...MENCINTAIMU...
dekatilah ia...
hargailah dia dan setialah padanya...
kerana kelak kamu tidak akan menyesal dengannya SELAMANYA...


*HIDUP INI TIADA YANG ABADI YANG PATAH TUBUH YANG HILANG BERGANTI...NAMUN YANG BERGANTI TIDAK SAMA SEPERTI YANG HILANG